Sudah Lama Berbisnes... Tetapi Masih Juga Gagal & Hutang Semakin Bertambah !!!     Inginkah Anda Tahu Rahsia Kekayaan Jutawan Islam Dari Bogor .....?

     
Dari Meja Penulis : Dato' Dr Hj. Rusly Abdullah ( Dato' Chef Li )

Mungkin nama mereka tidak tersenarai di Majalah Forbes tetapi ini tidak bermakna mereka tidak cukup kaya. Mungkin kerana mereka tidak memiliki banyak syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Jakarta. Maka nilai kekayaan sebenar mereka sukar diakses oleh pihak penarafan kekayaan. Atau mungkin kerana mereka tidak mendapat publisiti yang sewajarnya dari media arus perdana.

Namun perlukah kita hanya bergantung kepada senarai Forbes untuk mengetahui ramai tidaknya jutawan Islam di Indonesia? Cukuplah kita bertanya kepada masyarakat setempat. Kelebihan para jutawan Islam ialah mereka akrab dengan masyarakat.

Benar, masyarakat tahu siapa yang kaya di daerah mereka sendiri. Mereka tidak peduli sama ada si kaya itu pernah muncul di TV atau tidak.

Belum cukup kayakah seorang yang memiliki lebih 1000 hektar ladang sawit. Belum cukup kayakah seorang yang ada bangunan 40 tingkat di metro Jakarta. Belum cukup kayakah seorang yang memiliki jet peribadi untuk terbang segera ke seluruh pelusuk Indonesia? Belum cukup kayakah seorang yang mempunyai hotel dengan lebih sedozen cabang di seluruh Indonesia? Betul mereka tidak tersenarai. Betul mereka tidak di kenali dipentas global tetapi mereka KAYA!

 

Memperkenalkan

 

   

 
Anda disarankan membeli & membaca buku keenam tulisan saya iaitu "Rahsia Kekayaan Dari Bogor ". Ia merupakan kesinambungan daripada kelima-lima buah buku saya sebelum ini cuma terdapat sedikit perbezaan iaitu buku ke-enam saya ini ditulis & diceritakan dalam bentuk sebuah Novel Motivasi yang bersandarkan kepada kisah yang benar-benar berlaku dia alam nyata ini dan ini merupakan buku pertama saya yang dicetak didalam bentuk buku elektronik / Electronic Book (Ebook).

 

  Sehebat buku "Menjejaki Jutawan Senyap", "Rahsia Kekayaan Dari Bogor" juga merupakan sebuah karya Dato' Chef Li yang MESTI dibaca oleh setiap usahawan yang inginkan kejayaan, bukan sahaja di dunia, malah jua di akhirat. Cerita yang disampaikan penuh pengertian tentang perjuangan hidup, rahsia kejayaan dan kehebatan perniagaan golongan yang tidak pernah anda ketahui sebelum ini.

Ianya sebuah ebook yang menarik dan pastinya membongkar satu lagi misteri kejayaan perniagaan yang hebat - rugi jika anda tidak membacanya.
 


Zamri Nanyan                                                                                                                           (Usahawan Internet Sepenuh Masa / Penulis)
www.BisnesDigital.com

 

 

 

 

Dato’ Dr Hj Rusly Abdullah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan, nama yang cukup
sinonim dengan bidang perniagaan, penulisan, pakar masakan dan juga salah seorang Mentor Jutawan !!. 

Ebook ‘Rahsia Kekayaan Dari Bogor' memang benar-benar membuatkan saya teruja. Intipati 
dari kisah ini amat bertepatan dengan firman Allah s.w.t : "Allah tidak
akan mengubah nasib seseorang itu sehinggalah ia sendiri yang mengubah nasibnya"

Kaedah doa+usaha+tawakal adalah gabungan padu untuk mencari kejayaan. Anda perlu
baca ebook ini jika ingin mengikuti jejak langkah penulisnya. 

Satu petikan yang menarik dari ebook ini :

Adakah kesuksesan itu suatu takdir atau sesuatu yang boleh diusahakan?

Ebook yang bagus!



Ust. Ahmad Syaifuddeen Mohamad ( Abooain )                                                                     (Usahawan Internet / Penulis)
www.abooain.com ,
www.jawitranslater.com

 
  Pada pandangan saya, ebook novel motivasi Dato' Rusly ini 
diceritakan dengan menarik dan sesuai untuk kita 
di Malaysia meskipun beliau menceritakan orang seberang
terutamanya dalam keadaan ekonomi dan suasana sekarang..

Pengenalan novel motivasi ini membuatkan saya sedar akan 
suasana sekarang yang amatlah bahaya apabila ilmu keduniaan 
diasingkan dari Islam terutamanya ilmu 'how to' dari barat. 

Kisah yang diceritakan kali ini menegaskan kembali 
mengapa saya sebagai orang islam perlu menjadi kaya,
memahami bahawa setiap kejadian ada peraturan dan sebab
musababnya termasuk ilmu kekayaan. 

Namun mesej yang penting adalah memahami siapa 
yang Maha Kaya Sebenarnya, dan tujuan kekayaan itu..

Terima Kasih Dato' Rusly

Mohd Ramzan Rozali
www.MohdRamzan.com
 
 
Saya sememangnya meminati karya Dato' Chef Li dan memiliki hampir kesemua buku nukilan 
beliau. Saya agak terkejut apabila dimaklumkan bahawa Dato' Chef Li telah menghasilkan sebuah 
ebook motivasi. Tanpa membuang masa saya terus membaca karya terbaru beliau.

 
Apa yang boleh saya katakan mengenai ebook "Rahsia Kekayaan Dari Bogor" ini benar-benar 
hebat! Apabila saya membaca karya Dato' Chef Li, seolah-olah ada satu magnet menarik saya 
agar terus membacanya sehingga tamat. Jika anda ingin mengetahui rahsia kekayaan sebenar 
dari pengalaman Dato' Chef Li sendiri, maka dapatkan ebook ini sekarang!

 
Semoga kita semua dapat menjadi orang kaya yang bertakwa.

 

Adly a.k.a Labanon,
(Usahawan Internet), Team Flarebiz,
www.Flarebiz.com

 

 

 

  Saya dah banyak baca buku tentang kejayaan seseorang dan saya
boleh katakan bahawa ebook ini sangat berbeza kerana ia dalam bentuk
novel, seronok dibaca sampai saya tak perasan saya dah luangkan
banyak masa untuk baca ebook ini.

Kedua, cerita ini jarang-jarang kita ketahui dan dekat dengan kita
kerana ia menceritakan sejarah Jutawan yang bertaqwa dan lebih
sinonim dengan nama jutawan senyap.

Banyak yang saya pelajari dari ebook ini yang tak dapat saya pelajari
dari buku bestseller-bestseller antarabangsa.

Ikhlas,
 


Ammar Zahar
(Usahawan Internet)                                                                                                         www.PerniagaanInternet.com

 

 

Ramai yang tahu berita tentang kemiskinan saudara kita di Indonesia, tetapi jangan kita pandang sebelah mata.... kerana Jutawan Islam yang paling ramai juga adalah berpusat di Indonesia.

Mereka JUTAWAN!! tetapi masih Tawadhuk, Rendah Diri & Mentaati Agama. Walaupun nama mereka tidak terkenal seperti Bill Gates , Robert T. Kiyosaki & Donald Trump... Tetapi inilah jutawan yang sebenar yang mana kehidupan masih berjalan seperti biasa walaupun mereka mempunyai pesawat peribadi sendiri & memiliki padang & kelab golf walaupun hakikatnya tidak pon sekali bermain golf.

Pelajarilah dengan mereka ilmu tentang kekayaan jutawan Islam secara tidak langsung di dalam Novel Motivasi saya ini. Jangan lepaskan peluang ini !!!!

     

TEMPAH SEKARANG!!!

     

     
Ikhlas Daripada Saya,

 

Dato' Dr. Haji Rusly Abdullah (Dato' Chef Li)

Penulis Best Seller "Petunjuk Jalan Kekayaan", CEO itkau, Mentor Jutawan.