Blog Rasmi Dato' Dr Hj Rusly Abdullah

Rahsia Disebalik Code Of Life 7711
Alhamdulillah pada bulan ini (Ogos) selesailah saya menjelajah seluruh semenanjung untuk mengisi seminar Amalan Kesogehan. Seminar pertama bermula di Kota Bharu dan yang terakhir di Ipoh, Perak. Sambutannya adalah diluar jangkaan saya sendiri di mana hampir di semua venue melebihi sasaran kehadiran.

Mempertimbangkan kepada peruntukan kos iklan media cetak yang kecil dan langsung tiada promosi melalui media elektronik seperti radio dan TV sambutan yang diterima bolehlah dianggap luar biasa.

Ramai juga yang menyangka kami mempunyai agen promosi dan wakil pemasaran di seluruh negara – jawabnya TIDAK ADA. Hanya selepas Hari raya nanti insyaAllah akan ada beberapa individu yang telah dipilih untuk menjadi perunding Amalan Kesogehan yang dipanggil PENATA yang akan membantu menerangkan tentang Gagasan Ekonomi Amalan Kesogehan di wilayah masing masing.

Melalui seminar tersebut, saya berpeluang berinteraksi secara lebih dekat dengan segenap lapisan umat Islam Malaysia. Ada golongan profesional seperti Peguam, Doktor, Arkitek, Engineer (Ir), Quantity Surveyor,  ada Guru, Ustaz, Pensyarah, Profesor, Pegawai Kerajaan, ada penulis lirik, pencipta lagu, pengarah filem, ada peniaga kecil, ada kontraktor, ada pengilang, ada peneroka, polis, tentera dan pengawal keselamatan.

Ertinya umat Islam di Malaysia telah berjaya membina semua jenis kerjaya. Kerjaya taraf tinggi dan juga kerjaya taraf pertengahan dan juga kerjaya taraf bawahan. Di mana jika mereka semua itu dapat di GUYUB (Diakrabkan) pasti dapat membentuk satu komuniti muslim yang bersinergi. Komuniti itu akan menjadi satu FORCE yang amat berkesan untuk mengangkat satu produk Halalan Thoyyiban yang dihasilkan oleh tangan-tangan Islam atau memboikot sesuatu produk haram dan syubhat hasil dari tangan-tangan kuffar.

Apabila berada dalam satu wadah semangat umat begitu berkobar-kobar. Rasa macam nak terjun ke medan jihad ekonomi hari itu juga!

Namun saya rasa terkilan, kerana mereka hanya berada dalam satu wadah (Seminar) untuk sehari sahaja. Kemudian habis seminar mereka kembali ke rumah masing masing dan entah bila akan bertemu kembali. Tidak ada satu mekanisma yang dapat menyatukan mereka semula secara tetap untuk satu jangkamasa panjang. Maka semangat yang tadinya menyala kini mulai malap, padam dan sejuk. Bila tiada komuniti maka tiada interaksi sesama sendiri secara berkesinambungan akibatnya tiadalah sinergi.

Maka kita hanya menjadi leverage kepada orang lain. Duit kita akan mengalir keluar menjadi sumber kemakmuran peniaga bukan Islam. Mereka menguasai keseluruhan aktiviti ekonomi termasuk yang berkait secara langsung dengan umat Islam. Tentunya sedih apabila mengetahui kopiah yang berada di atas kepala umat Islam pun hasil buatan orang kafir.

Termasuklah pelbagai barangan keperluan harian umat Islam dari keperluan makan pakai hinggalah alatan ibadah dsbnya. Maka dianggarkan, wang dibelanjakan oleh seluruh umat Islam Malaysia untuk tujuan khenduri-kendara sahaja dalam satu tahun sahaja adalah sebanyak RM10 bilion.

Tidak banyak yang telah kita buat untuk merubah lanskap sosio-ekonomi yang tidak mengangkat martabat ummah ini. Kita letaknya di bawah! Seminar dan forum tidak akan membawa kita ke mana-mana sehinggalah kita bertindak secara penuh sadar dan  menerjunkan diri ke tengah gelanggang untuk berjihad dalam bidang ekonomi.

Tapi kita tak boleh terjun macam bidan terjun. Kita mesti terjun dengan persediaan rapi. Mana boleh pergi perang tanpa senjata, strategi dan bala tentera. Justru sudah tibalah masanya kita menggerakkan satu Gagasan Eknomi Ummah yang bergerak dengan penuh kesungguhan dan keinsafan. Kod 7711 mestilah difahami, dihayati dan dilaksanakan oleh semua. Kerana itulah (Kod 7711) senjata yang amat-amat ditakuti oleh musuh-musuh Islam. Hadirlah beramai-ramai ke mana-mana seminar atau prebiu Amalan Kesogehan yang kami adakan dari masa semasa – nescaya anda akan TERSULUH dan TERGUGAH! Kemudian anda terus MENGGUYUB dengan kami – kerana kami akan buka rahsia di sebalik 7711. setelah itu anda akan MENEKUNI satu usaha yang telah diputuskan. Hasilnya insyaAllah anda akan menjadi seorang OKB Orang Kaya Bertaqwa yang telah mampu untuk MENYEBAR.

SEJARAH HEBAT YANG TERLEPAS PANDANG
Bilakah kali pertama anda mendengar dan menyebut ungkapan ‘MOTIVASI’.

Istilah motivasi adalah kata terjemahan dari motivation yang bermakna dorongan semangat ke arah pencapaian cemerlang. Kalau menurut pemerhatian saya, penggunaan istilah motivasi ini bermula di era 80an bersama dengan kemunculan ikon-ikon motivasi era 80an. Namun motivasi adalah satu fenomena ‘Self Development’ dari Barat.  Dan motivasi barat ini bersandar sepenuhnya kepada keilmuan barat terutamanya ilmu psikologinya. Namun apabila ilmu mereka tidak mampu menyokong teori-teori motivasi yang mereka cetuskan mereka mulai tercari-cari sumber lain sehingga memungut serpihan batu-batu berukir kota Babylon contohnya buku ‘The Richest Man In Babylon’. Mereka terus juga menggali ilmu-ilmu dari kitab purba Sanskrit, Samurai Jepun dan China Purba.

Motivasi barat itu, sehingga ini berjaya menarik tumpuan manusia kearah barat apabila mereka mahu mencari ilmu motivasi atau ilmu kekayaan. Termasuklah kebanyakan orang Islam di daerah kita ini, termasuklah kita semua ini. Lalu kita menjadi pengkagum dan pemuja ikon motivasi seperti Robert T Kiyoshaki, Donald Trump, Edward De Bono dll.

Akhirnya, kita semua terlepas pandang tentang ilmu motivasi atau ilmu kekayaan yang ada di rantau kita sendiri. Betapa banyak khazanah ilmu bernilai itu terpendam dalam artifak purba yang mana sebahagiannya dipendam dengan sengaja oleh para penjajah barat seperti Inggeris dan Belanda.

Hakikatnya, ramai di kalangan kita umat Islam tidak begitu mengetahui sejarah perkembangan dan  kegemilangan Islam di Nusantara. Bermula dari terdirinya kerajaan Islam di Pasai, Perlak, Acheh hinggalah berdirinya kerajaan Islam Demak di bawah pemerintahan Sultan Agung Raden Fatah. Era kegemilangan dakwah Islamiah Walisongo dan kehebatan empayar Islam Mataram. Sampailah perjuangan kemerdekaan Diponegoro. Semua sejarah penting ini tidak diketahui oleh kebanyakan dari orang Islam Nusantara masakini terutamanya generasi muda. Kenapa terjadi begitu? Itu terjadi dari satu konspirasi terancang para penjajah barat. Catatan penting itu telah dengan sengaja dihilangkan dari teks dan dokumen sejarah rakyat oleh para penjajah dan penjarah Inggeris, Belanda dan Sepanyol.

Walaupun dari segi politik ketiga-tiga penjajah itu kononnya berlainan dan bermusuhan. Namun hakikatnya, mereka mempunyai misi dan visi yang sama iaitu menjajah dan menjarah wilayah Islam di Nusantara dan seterusnya mengeksploitasi segala hasil dan mahsulnya dari galian dan rempah ratusnya dan cuba membaptiskan penduduknya yang sememangnya telah mempunyai agama yang suci iaitu Islam sebagai satu kelanjutan dari Perang Salib di Palestin dan Eropah.

Akhirnya sejarah agung itu menjadi misteri yang tertimbus di bawah keangkuhan Borobudur. Kini, candi itu lebih ramai dikunjungi oleh orang Islam berbanding Masjid Agung Demak sendiri. Apa yang menyedihkan sekarang seolah-olah orang Islam sendiri meremehkan sejarah agamanya di Nusantara.

Apa yang harus kita perbetulkan ialah, tanggapan seolah-olah sejarah Islam Demak hanyalah sejarah orang Jawa. Ia tiada kena mengena dengan kita di Malaysia, Singapura dan Brunei. Pada hal Sultan Agung Raden Fatah dua kali mengirimkan angkatan perang menyerang Portugis di Melaka dibawah pimpinan putranya sendiri Adi Pati Yunus sehingga mati syahid di Melaka. Kemangkatannya di Melaka menyebabkan Adi Pati Yunus mendapat gelaran Pangeran Sabrang Lor. Kenapakah Demak sanggup dating dari jauh menyerang Portugis di Melaka? Ini adalah lahir dari keprihatinan Sultan Agung Raden Fatah yang tidak rela negeri serumpun dan seagamanya dijajah oleh bangsa Kafir (Kaum Nasara Portugis).

Kita juga tidak mahu adanya tanggapan seolah-olah sejarah Walisongo hanyalah satu episod dari epik sejarah Tanah Jawa kuno. Seolah-olah hanya layak berada dalam hikayat wayang kulit Jawa.  Kita juga tidak mahu sejarah perjuangan Diponegoro pula tidak lebih dari sejarah perjuangan seorang anak raja Jawa menuntut kemerdekaan dari penjajah Belanda. Langsung tiada signifikasi kepada gelombang penentangan terhadap penjajah di seluruh Nusantara.

Memang itulah tanggapan atau persepsi yang ingin di pupuk oleh penjajah dan para orientalis yang pro-mereka. Supaya tidak wujud hubungan fizikal mahupun spiritual antara seluruh umat Islam Nusantara. Sebaliknya Nusantara dipecah perintah hingga terbena sempadan atau garis pemisah politik. Maka terpisahlah Bentan dan Riau dari Johor yang dahulunya di bawah satu empayar. Gelaran Darul Takzim ertinya negeri besar kerana empayar Johor merangkumi seluruh kepulauan Bentan hinggalah seluruh Riau. Hingga terbentuk bahasa Johor Riau yang menjadi asas Bahasa Persuratan Malaysia dan Indonesia. Namun atas kosnpirasi Inggeris dan Belanda Johor dan Riau terpisah menjadi dua Negara yang berlainan hinggalah sekarang.

Penjajah Inggeris, Belanda dan Sepanyol tidak mahu silaturahmi dan persaudaraan yang kuat antara umat Islam seantero Nusantara. Bila itu terjadi, maka tidak akan wujudlah penyatuan yang akan memungkinkan gerakan jihad fisabilillah secara gabungan seluruh wilayah Islam nusantara.

Walhal, sebelum kedatangan Belanda lagi, umat Islam telah berhubungan dengan akrab sesama sendiri. Dari Aceh, Pasai, Perlak, Melaka, Demak, Mataram, Kemboja (Champa), Pattani-Sanggora hinggalah Aminullah (Manila), Sulu (Mindanao/Sabah), Sulawesi dan Makassar. Kedatangan penjajah memulakan pemisahan wilayah mengikut sempadan Negara-politik dan mengapi-apikan pemimpin wilayah kecil bangkit memberontak melawan kerajaan pusat sebagai contohnya era penghujung kerajaan Islam Mataram.  Para penjajah itu amat takut apabila umat Islam dari seluruh wilayah itu bersatu semula dan berjihad, maka tamatlah riwayat Inggeris, Belanda dan Sepanyol dari bumi Nusantara.

Kita juga tidak pernah mengkaji, apakah cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat Islam pada zaman tersebut hingga menjadikan mereka hebat dan luar biasa. Terutamanya era Sultan Agung, era Walisongo dan era Diponegoro  di mana ujudnya persatuan yang erat di antara golongan ulama’ (Sunan, Wali dan Kiyai) dengan golongan umara’ seperti Sultan, Senopati, Adipati dan Bupati. Kesatuan antara Ulama’ dan Umara’ menjadikan bidang-bidang kehidupan zaman mereka begitu hebat dan cemerlang iaitu;

Bidang politik (Mereka mempunyai pengaruh dalam mengangkat atau menurunkan Sultan dari takhtanya). Mereka menguasai dan menjadi pemerintah  angkatan tentera.

Bidang Bisnes dan Perdagangan – mereka mengusai pertanian dan perdagangan domestic, antara wilayah dan antara bangsa.

Bidang agama dan pendidikan – mereka mendirikan pesantren dan masjid.

Bidang Kesenian dan Kebudayaan

Sejarah perkembangan dan perjuangan Islam walau di mana sekalipun berlakunya, baik di Tanah Jawa, di Melaka, Aceh, Pattani atau Kemboja adalah milik kita bersama. Warisan yang amat bernilai yang patut kita hargai dan dipertahankan.

Mereka para Sunan, wali dan kiyai telah menjadi ‘Towering Personality’ terawal dalam komuniti Melayu yang patut menjadi ikutan  dan suri-tauladan kepada kita generasi kemudian.

Mereka hebat kerana kecemerlangan mereka dalam 2S, iaitu:

Kehebatan sahsiah

Kehebatan siasah di mana,

Mereka semua mempunyai ketinggian akhlak dan peribadi, pada masa yang sama mempunyai kebijaksanaan siasah. Mereka adalah ahli abid yang tawadhu dan bertaqwa dan pada masa yang sama mempunyai siasah (pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan) yang tinggi seperti berikut;

seorang pendakwah yang cekal dan giat

seorang pemimpin yang bijak dan adil

seorang pentadbir yang cekap dan efisien

seorang pahlawan yang gagah berani

seorang ahli musik yang baik – Sunan Bonang

seorang ahli seni budaya yang trampil – Sunan Kalijaga

seorang pedagang yang pintar Sunan Muria dan Sunan Kudus

jurubina yang bagus – mencipta sistem saliran persawahan, membina masjid dan membina kubu dan benteng pertahanan.

Ahli logam dan pertukangan kayu yang mahir lagi trampil.

Ahli pelayaran yang cekap

Tabib yang pintar sehingga mampu mendepani dan menangani dukun santet yang penyihir.

Maka sebagai satu usaha kecil dari saya yang dhaif dan kerdil ini, saya kompilasi sejarah kerajaan Islam Demak dan Mataram, Sejarah Walisongo dan Sejarah perjuangan Diponegoro yang saya petik dari artikel-artikel sejarah guna untuk mempermudahkan anda mendapat bacaan rengkas berkaitan dengan sejawar Islam Nusantara terutama yang berpusat di Tanah Jawa.

Ada juga soalan yang diajukan kepada saya, “Kenapa sejarah Tanah Jawa? Dan kenapa Amalan Kesogehan ini adalah berasal usul Jawa?”.

Amalan Kesogehan hanyalah satu option atau satu pilihan? Dalam ikhtiar kita mencari model untuk asas kebangkitan semula Islam. Model paling dekat dan jelas bagi saya adalah ketiga-tiga era tersebut. Di mana era kerja sama erat di antara ulama’ dan umara’ begitu jelas dan terbukti kesannya.

Saya suka membuat analogi begini;

Allah SWT memerintahkan kita untuk memakan makanan      yang Halallan dan thoyyiban. Tapi adakah ditetapkan menu dan resepinya.      Terpulang kepada kita, memilih menu, memilih resepi dan memasaknya. Apa      yang penting ianya halal dan baik.

Rasulullah SAW menyarankan agar kita menceburi      perniagaan – Hadis Baginda “9 dari 10 pintu-pintu kekayaan terdapat dalam      perniagaan” (Riwayat      Tarmizi) adakah Rasulullah menetapkan bidangnya?

Apabila kita sudah ada kekuatan sahsiah yang bertunjangkan rukun Iman dan Rukun Islam maka dengan sendirinya siasah kita akan menuju Allah SWT dan RasulNya.

Sekali lagi saya menegaskan bahawa Amalan Kesogehan hanyalah sebagai satu manual alternative atau option. Ianya berupa satu modul yang boleh kita jadikan asas melatih dan membina modal insan masakini.

Memang kita sering mendengar solusi yang dicadangkan oleh kebanyakan seminar, forum atau symposium yang membahaskan tentang kelangsungan Islam masakini dan masa depan ialah…..

“Kita mestilah kembali kepada Allah dan RasulNya…..jika tidak  kemelut dan gejala kemunduran dan keruntuhan moral yang melanda ummah tidak akan selesai’.

Benar kita hanya ada satu jalan penyelesaian yakni kembali kepada Allah dan RasulNya. Namun, kita memerlukan model dan modul. Ini adalah zaman di mana manusia tidak boleh lagi digerakkan dengan seruan-seruan retorik dan melankolik.

Salahkah kita mencontohi manual (Amalan) yang telah dipraktikkan dan dibuktikan oleh sejarah kecemerlangan Islam dari wilayah geografi kita sendiri. Dari tokoh-tokoh yang yang serumpun, sebahasa, se agama dan sebudaya dengan kita?  Jika mereka telah membuktikannya maka kita akan berasa lebih yakin untuk mengulanginya.

Amalan Kesogehan adalah satu manual (Tuntunan Hidup) tersusun yang kita akan berikan kepada mereka yang mahu dengan ikhlas. Bukti keikhlasan mereka ialah mereka mahu berbai’ah dengan saya sebagai penganjur Amalan Kesogehan di Malaysia.