Sejarah Amalan Kesogehan

Ramai yang menyangka, apabila disebut ‘Amalan’ ia bermaksud zikir atau ratib.

Justru ramai yang beranggapan Amalan Kesogehan adalah zikir atau ratib untuk menjadi kaya. Kesogehan adalah dari kata nama ‘Sogeh’ (Jawa) yang bermakna kaya.

Amalan Kesogehan sebenarnya adalah satu ‘Code of Life’ atau ‘Tuntunan Urip’ (Panduan Hidup) yang telah menjadi satu modul latihan tak tertulis sejak 600 tahun dahulu. Sebahagian dari Code of life itu terkandung dalam lagu atau syair rakyat karya para wali yang diwarisi oleh para kiyai dan terus dinyanyikan oleh masyarakat Jawa hingga sekarang terutama di desa-desa.

Lagu Tombo Ati dan Ilir Ilir karya Kanjeng Sunan Kalijaga salah seorang Wali Songo masih bertahan hingga sekarang. Jika direnungi lirik kedua-dua lagu tersebut mengandungi banyak pengajaran dan panduan hidup.

Manakala code of life yang tercatat dalam kitab-kitab tulisan para wali sebahagiannya hanya mampu bertahan hingga era Diponegoro kerana mana-mana yang dapat dikesan oleh penjajah Belanda akan dirampas dan dimusnahkan . Atau sebahagian dari kitab warisan itu telah ditulis semula oleh para orientalis Barat dengan tokok tambah yang berbaur dengan syirik dan mistik seperti keris sakti, pedang terbang dan ilmu kebal semata-mata untuk merosakkan aqidah generasi Islam Indonesia atau untuk menggambarkan bahawa kesah para wali sebenarnya adalah kesah dongeng.

Amalan Kesogehan sebenarnya mengandungi kod-kod strategic yang amat menakutkan musuh-musuh Islam, kerana jika setiap individu muslim memahami, menghayati dan melaksanakan kod-kod tersebut umat Islam di Nusantara akan kembali hebat, cemerlang dan boleh menjadi Super Power dalam semua aspek kehidupan terutamanya EKONOMI.

Intipati kepada Amalan Kesogehan ialah, barang siapa yang mahu mencapai kehidupan yang cemerlang (Kaya, Hebat dan Bertaqwa) mesti menjalani proses berikut;

  1. Penyuluhan (Inward and outward looking from Islamic point of view)
  2. Penggugahan (Awakening)
  3. Pangguyuban (To model and to replicate good deeds of outstanding personalities)
  4. Penekunan (To perform any given tasks and duties competently
  5. Penyebaran (To spread and distribute our knowledge and wealth for the betterment of whole ummah.

Keseluruhan kod kehidupan muslim yang cemerlang di ungkapkan dengan AK 7711

Kenapakah kita selama lebih 500 tahun hidup dalam kegelapan tercari cari rahsia hidup cemerlang? Ramai orang Islam yang mengamalkan meditasi dan Feng Shui semata mata untuk meraih ketenangan dan kecemerlangan hidup. Nah! Kembalilah kepada Code of Life yang betul, yang berlandaskan al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW nescaya kita akan menjadi khaira ummah rahmatan lil alamin.