Program Latihan Usahawanita Islam Stimulatherapy (PLUSWIS)
Maksudnya:
”Wanita itu mempunyai hak-hak, sama seperti juga mempunyai tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan baik, dan lelaki mempunyai kelebihan darjat di atas mereka. Dan sesunggunya Allah Maha Mulia lagi Bijaksana.”
( al-Baqarah : ayat 228)
1. Pengenalan:
Memandangkan kaum wanita (muslimat) itu berupa potensi kepada sumber pembangunan ummah, maka seharusnya ada pihak dari kalangan umat Islam sendiri yang prihatin dan berinisiatif dalam menekankan kepentingan rancangan yang berkesan dan hala tuju yang jelas bagi golongan wanita Islam terutama dari kalangan suri rumah muslim. Terutama suri rumah sepenuh masa yang tidak mempunyai usaha untuk menjana pendapatan tambahan. Mereka ini amat memerlukan bantuan khususnya suri rumah di luar bandar di seluruh negara terutamanya di negeri negeri pantai timur..
Menyedari hakikat betapa golongan wanita mampu menjadi penyumbang yang besar kepada kemajuan ummah dan negara, maka usaha perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan wanita perlu dilakukan bagi memastikan penyertaan dan hak-hak kaum wanita tidak terabai, baik sebagai sasaran mahupun sebagai agen pembangunan masyarakat moden.
Namun, kita tidak boleh bergantung harap kepada pihak kerajaan dan agensi-agensinya semata-mata untuk melaksanakan program-program untuk muslimat tersebut, sebaliknya pihak swasta juga harus mengambil langkah pro aktif sesuai dengan kemahiran dan kemampuan masing masing.
2. Penubuhan Institusi Latihan Stimulatherapy Khusus Untuk Muslimat
Menyedari situasi dan kondisi ini, Bahagian Pembangunan Usahawan Wanita (BPUW), AKADEMI STIMULATHERAPY MALAYSIA (ASTIM) diterajui oleh Dato’ Dr Hj Rusly Abdullah sendiri melancarkan sebuah program pembangunan usahawan stimulatherapy a la pesantren khas untuk kaum wanita khususnya ibu-ibu tunggal. BPUW-ASTIM akan bergerak sebagai sebuah organisasi perniagaan swasta yang bergiat dalam sektor pendidikan dan latihan kemahiran khusus untuk suri rumah tangga Islam. BPUW-ASTIM dikhususkan untuk merealisasikan objektif-objektif yang bertunjangkan aspirasi wanita muslim yang dinamis dan progresif. Melahirkan muslimat berjaya tanpa mengabaikan tugas dan tanggung jawab hakiki mereka sebagai isteri dan ibu yang baik.
3. Objektif BPUW-ASTIM
4. Kumpulan Sasar BPUW-ASTIM
Golongan yang menjadi sasaran BPUW-ASTIM ialah wanita Islam (muslimat) warga negara Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang terutama mereka yang telah berkeluarga, ibu tunggal dan wanita yang mengalami kesempitan hidup yang mana tepaksa menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Keluarga untuk menampung kehidupan seharian.
Kumpulan wanita tersebut seharusnya dipupuk dan dibentuk agar memiliki sifat-sifat terpuji yang telah dipamerkan oleh para isteri Rasulullah s.a.w dan menjadi ikutan setiap muslimat. Kita mahu membentuk generasi muslimat yang berjaya dalam ekonomi, anggun dari segi sahsiah dengan mencontohi figura muslimat sejati seperti ;
Malahan kesemua isteri-isteri Rasulullah s.a.w terkenal dengan sifat-sifat mulia, ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah s.wt dan Rasulullah s.a.w. Sifat-sifat mulia ini perlu menjadi contoh teladan kepada para muslimat untuk menyediakan diri sebagai muslimah contoh kepada seluruh ummah.
5. Misi BPUW-ASTIM
BPUW-ASTIM menekankan MISI yang berlandaskan prinsip keimanan yang meletakkan keredhaan Allah s.w.t sebagai tonggak utama kehidupan. Enam rukun sebagai prinsip hidup yang berteraskan kepada prinsip ketuhanan melalui rukun iman:
6. VISI BPUW-ASTIM: Jalan menuju ketaqwaan.
Setelah diterapkan enam prinsip kehidupan manusia berteraskan rukun iman, Allah s.w.t juga melengkapkan kehidupan manusia dengan tata-cara kehidupan yang berteraskan kepada lima rukun Islam.
7. BPUW-ASTIM DAN PEMERKASAAN EKONOMI WANITA ISLAM:
Memandangkan peranan wanita di dalam pembangunan ummah dan negara dimana
sudah ramai wanita mula berkecimpung dalam sektor yang melibatkan pengurusan dan profesional, kemahiran berpersatuan, membina wadah kegiatan dan membina daya dan gaya kepimpinan muslimat adalah satu perkara yang penting yang harus dikuasai oleh wanita. Organisasi Muslimat itu kemudiannya berperanan besar dalam mempertingkatkan keusahawanan dalam kalangan ahli mereka. Strategi ini amat penting bagi meningkatkan kecekapan pengurusan kaum muslimat di dalam memajukan kaum mereka sendiri.
Cipta Atur dan Beri Bantuan Kepada Usahawan Muslimat – lihat apa yang kita boleh lakukan kepada pemohon – pemohon bantuan agensi kerajaan bagi membantu membangunkan atau memulakan perniagaan mereka.
BPUW-ASTIM akan giat menganjurkan program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kapasiti wanita dalam bidang keusahawanan melalui kursus dan bengkel keusahawanan muslimah.
9. BPUW-ASTIM DAN PEMERKASAAN KEHIDUPAN SOSIAL :
Menubuhkan Unit Khidmat Nasihat, Bimbingan & Kaunseling terutama dari segi masalah emosi yang dihadapi oleh ibu tunggal dan wanita yang mengalami krisis rumahtangga/perceraian dan sebagainya.
Firman Allah SWT Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu (berhala)……..” (at-Tahrim : ayat 6)
10. BPUW-ASTIM DAN PEMERKASAAN MUSLIMAT DAN PENDIDIKAN :
Menggiatkan program latihan dan pembelajaran untuk menerapkan budaya membaca dan menyukai program keilmuan/ program pendidikan dewasa/ program pendidikan sepanjang hayat bagi memberi peluang kaum muslimat melanjutkan pengajian hatta ke peringkat PhD.
11. BPUW-ASTIM DAN PEMERKASAAN KESIHATAN DI KALANGAN MUSLIMAT:
BPUW-ASTIM akan memupuk rasa kesedaran yang tinggi tentang peri pentingnya Kesihatan kepada kaum wanita. Jadikan mereka mempunyai kesedaran tinggi terhadap indeks–indeks kesihatan dengan melakukan pemeriksaan kesihatan umum (gula, darah, ENT, mata, gigi, dsb)
Buka peluang luas kepada mereka untuk terlibat dengan keusahawanan yang bertunjangkan perubatan Traditional and Complimentary Medicines modaliti Stimulatherapy.
12. Setiap aktiviti BPUW-ASTIM digerakkan dengan semangat dan Ruh Islamiah sebagaimana yang diFirmankan oleh Allah s.w.t ;
Maksudnya :
” Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebajikan,dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akandiberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Bijaksana”
( at – Taubah : ayat 71 )
13. Pusat Operasi BPUW-ASTIM
Wilayah yang dikenal pasti untuk melancarkan projek ini ialah wilayah Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung dan wilayah Sabah Dan Sarawak. Maka kita bercadang memulakannya di Kuala Kubu Bharu, Selangor sebagai pusat kegiatan pantai barat, disusuli Kota Bharu, Kelantan sebagai pusat kegiatan Pantai Timur. Kota Kinabalu untuk wilayah Sabah dan Kuching bagi wilayah Sarawak.
14. BPUW-ASTIM dan analisa SWOT
STRENGTH
Umum mengetahui, apa pun kegiatan yang ‘people oriented’ rdalam komuniti kita hanya akan dapat dilaksanakan jika disertai oleh kaum wanita. Tonggak yang menjayakan Amanah Ikhtiar Malaysia adalah kaum wanita. Justru apabila kita menjalankan sesuatu projek dan menjadikan kaum wanita sebagai kumpulan sasar, peluang untuk berjaya adalah 79% lebih tinggi berbanding jika kita meletakkan kaum lelaki atau kaum belia sebagai kumpulan sasar.
WEAKNESS
Menyedari masalah pokok kepada permasalahan sosial hari ini adalah kerana tiada
kesedaran dan penghayatan beragama dan ketuhanan. Maka kerja BPUW-ASTIM akan menjadi berat apabila tahap penghayatan agama di kalangan kumpulan sasar adalah rendah atau sederhana. Kerja dan tanggung jawab BPUW-ASTIM juga akan mendaki jika para suami kumpulan sasar adalah terdiri dari mereka yang berfikiran jumud, negative dan pessimistic.
OPPORTUNITY
Jika BPUW-ASTIM dapat memupuk kesedaran ini akan melahirkan wanita yang menjadikan agama sebagai ad-Din yakni satu cara hidup yang akan mendorongnya melakukan kebaikan kepada seluruh manusia tidak kira agama dan bangsa juga kepada alam sekitar. BPUW-ASTIM akan terus membina kesedaran bahawa manusia harus hidup hormat-menghormati dan tolong-menolong walau apa pun agama yang dianuti. Masing-masing memahami adapt, kebudayaan dan kepercayaan antara satu sama lain serta bersama-sama menonjolkan nilai-nilai sejagat yang positif seperti prinsip keamanan, keadilan, toleransi dan berbaik sangka.
THREAT
Setiap sesuatu usaha murni tentu ada sahaja ancaman dari dalam mahu pun dari luar. Ancaman dan halangan tersebut sebenarnya telah wujud lama sebelum program ini diusulkan lagi. Musuh utama sesuatu usaha berorganisasi ialah:
15. SEKTOR TUMPUAN BPUW-ASTIM
Sektor pendidikan dan latihan
BPUW-ASTIM memberikan tumpuan kepada sektor pendidikan dan latihan kerana, ia perlu untuk mempastikan kaum wanita muslim melakukan transformasi diri kearah lebih baik dan cemerlang. Mereka akan dilatih sesuai dengan keupayaan dan potensi masing-masing.
Menggalakan wanita menceburkan diri dalam pelbagai sektor perniagaan dan perniagaan-tani, perusahaan kecil dan sederhana serta lain-lain usaha berdikari yang selaras dengan tuntutan Islam bagi mengembangkan potensi individu dan berpeluang menjadi rakyat sesungguhnya menyedari betapa pentingnya kekuatan ekonomi khususnya ekonomi muslimat bagi membangunkan ummah dan tamadun.
Golongan wanita harus dibimbing agar mempunyai kesedaran dan kemahiran tentang bagaimana memperkuatkan ekonomi yang juga perlu disesuaikan mengikut landasan Islam.
BPUW-ASTIM akan menyokong inisiatif serta komitmen mewujudkan tabung-tabung
untuk menjana dana ekonomi, dana pendidikan dan dana kebajikan.
BPUW-ASTIM akan berusaha menggiatkan agenda membina usahawan-usahawan
Muslimat dalam bidang sajian makanan disamping menyelaraskan program-program motivasi dan peningkatan ilmu-ilmu perniagaan dan pengurusan agar mereka dapat bersaing dengan sihat.
BPUW-ASTIM menyedari dan menghargai sumbangan muslimat di dalam sektor
pekerjaan yang selama ini banyak membantu negara mencapai kejayaan.
.
BPUW-ASTIM menyedari bahawa usaha-usaha untuk meningkatkan daya maju
sesuatu bangsa, memerlukan wujudnya penyelidikan bagi mengenalpasti bidang-bidang baru dan faktor-faktor yang menyumbang ke arah kejayaan dalam aktiviti R&D.
BPUW-ASTIM menyedari teknologi ICT hari ini sangat memberi kesan kepada pembangunan manusia termasuk dari aspek-aspek minda, jasmani dan emosi.
Kita meletakkan satu komitmen jangka panjang untuk mempertingkatkan penggunaan ICT di kalangan wanita muslim.
BPUW-ASTIM akan berusaha memberi kesedaran dan kefahaman kepada
masyarakat tentang kebaikan dan kaedah bagaimana ICT dapat membantu wanita
dalam aktiviti-aktiviti harian dan dalam dunia perniagaan.
Kita akan mengambil inisiatif mewujudkan program-program kesedaran dan kemahiran ICT kepada wanita bagi membolehkah manfaat ICT dikecapi dengan maksimum BPUW-ASTIM juga menyedari sektor kebudayaan dan kesenian merupakan satu bidang yang tidak boleh dipisahkan daripada jiwa manusia. Budaya dan seni sesungguhnya mampu membentuk tamadun cemerlang sekiranya ianya berteraskan kepada nilai-nilai kerohanian unggul yang bermatlamatkan kepada Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Budaya dan seni mampu membentuk minda dan jati diri wanita Malaysia di dalam
mengharungi segala cabaran hidup hari ini. Kita menyokong usaha-usaha dalam
memajukan sektor kebudayaan dan kesenian yang berlandaskan Islam bagi
menyuburkan sifat-sifat kelembutan, kesopanan serta hormat menghormati di kalangan
16. STRATEGI PEMASARAN
Mendekati masyarakat dengan pendekatan K.B.S.M ( K=Perkahwinan, B=Bersalin, S=Sakit dan M=Kematian ) adalah satu perkara yang mesti diberi perhatian. Meraikan dan meramaikan majlis-majlis keraian adalah prinsip bermasyarakat. Menghulurkan bantuan dikala rakyat ditimpa musibah adalah adat dalam politik. Situasi ini harus dimanfaatkan untuk mengembangkan pemasaran produk BPUW-ASTIM secara lebih berkesan.
17. SENARAI MODUL MODUL KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH PLUSSURI BOLEH DIPEROLEH SEBAIK PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN DILAKUKAN. SILA CONTACT 0195158910.