Tanggal Wetonan

Ketahui Apakah Keserasian Spiritual Dan Fizikal Diri Anda Dengan Bisnes Atau Kerjaya.

Para wali dan kiyai zaman kerajaan Islam Mataram telah bersepakat bahawa Penanggalan (Hari dan bulan Jawa) Jawa kuno tidak harus dihapuskan sebaliknya diguna-pakai disamping kalendar hijriyah. Penggabungan ini menghasilkan kalendar baru iaitu Taqwim Islam Jawa. Kecenderungan mentafsir signifikasi hari dan bulan kepada kehidupan turut diubahsuai menurut perspektif Islam. Langkah-langkah waspada telah diambil bagi menjaga kesucian aqidah Islam dan pada masa yang sama rakyat Jawa terutama golongan kraton/bangsawan tidak merasa kehilangan apa apa terutama ‘Penanggalan Jawa’ (ethungan lan pawukon penanggalan weton) setelah memeluk agama Islam. Pada dasarnya ada dua langkah penting yang diambil oleh para wali dan kiyai tersebut, iaitu:

Langkah 1: Mempositifkan dengan prasangka baik setiap tafsiran hari pasaran.

Tafsiran hari lahir seseorang mengikut hari pasaran dalam penanggalan Jawa Memperincikan tentang untung nasib termasuk bala, sial dan kecelaka Ini menyebabkan mereka yang ditafsirkan dengan nasib buruk merasa sedih dan tidak tenteram. Ini tentunya membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan. Para kiyai telah membuang semua tafsiran negatif dan mengekal tafsiran yang positif dan konstruktif. Dengan cara ini semua tarikh lahir adalah baik dan bertuah.

Langkah 2: Melengkapkan siasah para pendakwah dengan ilmu pentafsiran hari pasaran. Mereka telah berperanan melebihi & mengatasi pendita Hindu-Buddha yang menjadi rujukan rakyat jelata bagi mentafsirkan tanggal-tanggal yang penting bagi mereka misalnya

Tarikh Lahir (Tanggal Wetonan)

Di samping seorang pendakwah itu mempertahankan sahsiah diri seorang Muslim sejati, namun ia harus bijaksana dalam mempelajari kumpulan sasarannya. Ia tidak boleh rigid sebaliknya harus ada ruang flexibility. Itulahlah pendekatan yang telah diambil oleh para sunan, wali dan kiyai di zaman kerajaan Islam Mataram di mana mereka mampu memahami teknik penanggalan Jawa dan mentafsirnya. Itulah siasah mereka yang begitu berkesan sehingga boleh menerobos masuk ke Chandi dan Kraton, kota dan desa kerana mereka sentiasa berhasil mengadakan pilihan (Option) bagi apa jua

Kenapa Dan Apa Dengan Analisa Tarikh Lahir?

Akhir-akhir ini apabila ada pihak-pihak tertentu mengadakan bengkel menganalisa tarikh lahir dan apa hubung-kaitnya dengan potensi diri seseorang, ia telah mengundang satu polemik pro dan kontra. Isu ini tiba-tiba meletup dan mencetuskan perbahasan. Saya tak pasti apakah faktor yang menyebabkannya meletup. Adakah kerana ramai pihak yang prihatin dengan kesucian aqidah Islamiah lalu merasa terpanggil untuk memperbetulkan kegelinciran segelintir ummah. Di mana, kerja sebegini boleh memesongkan aqidah. Atau ia mencabar Tasawwur Islamiah semasa kerana munculnya menjadi satu elemen tambahan yang mengundang ulasan bahkan keputusan pihak berkuasa agama yang akhirnya memerlukan satu fatwa.

Tetapi sebagai seorang veteran yang telah berada dalam bisnes pembangunan modal insan lebih 20 tahun, maaf, hati kecil saya lebih condong pada faktor kedua. Konon-konon atas rasa keprihatianan dan tanggung jawab untuk mempertahankan kesucian aqidah ummah sebilangan individu atau kumpulan yang sebenarnya tidak mempunyai wibawa dalam agama, ikut membahas, mengkritik dan meremehkan usaha orang lain tanpa menyelidik terlebih dahulu.

Apabila diperhalusi, kritikan mereka kosong dan langsung tidak mempunyai nilai ilmiah mahupun akademik. Tiada sebarang dokongan (Supporting facts) dari sumber rujukan yang reliable. Lebih merupakan perlampiasan rasa geram dan hasad dengki yang tak terbendungkan. Sebab diakhir kritikan mereka secara sengaja atau tidak terpacul ayat… “Senanglah dia orang jadi jutawan…!” Kesucian Islam atau Jutawan yang membuatkan para pengkritik ini tak lena tidur? Allah SWT lebih mengetahui.

Saya adalah seorang ahli (Bukan Pakar) yang amat meminati bidang psikologi manusia khususnya yang berkaitan dengan kesan dari interaksi manusia dengan alam sekeliling dan alam semesta. Saya mengkaji kenapa mood seseorang itu berbeda mengikut tempat dan lingkungan di mana mereka berada. Sebagai contoh kenapa kebanyakan orang itu (secara spontan) menyanyi di bilik mandi. Kenapa contengan (Vandalism) begitu lucah dalam tandas awam? Kenapa idea sering datang ketika di bilik air? Kenapa kebanyakan dari kita merasa lebih tenang dan tenteram ketika iktikaf dalam mesjid. Kenapa kita boleh menangis tanpa ditahan-tahan bila dikelilingi oleh orang-orang yang sedang menangis. Semua itu mengundang kajian bagi orang yang berakal kerana akal yang produktif sentiasa mencari jawaban dan kesimpulan. Islam bukan agama anti ilmu dan kajian, bahkan Islam adalah agama yang subur dengan ilmu. Islam siap untuk dicabar oleh ilmu secanggih mana sekali pun. Ia siap kerana Islam adalah agama yang suci lagi benar.

Apabila kita mengkaji sesuatu isu ilmiah, kita harus mempunyai platform yang kukuh sebagai fakulti atau setidak-tidaknya sebagai satu disiplin ilmiah.

Minat saya tertumpu kepada factor kecemerlangan manusia-manusia hebat zaman silam. Zaman yang belum muncul istilah MOTIVATION. Bilakah pertama kali anda mengungkapkan MOTIVASI? Keberanian dan kecekalan tentera Islam Demak dan Mataram berhadapan dengan tentera Hindu-Buddha yang ganas dan zalim bukanlah calang calang. Justru istilah apakah yang boleh kita gunakan untuk menggambarkan kecekalan dan keberanian tersebut. Apakah factor pendorong mereka.

Bukan calang calang semangat yang diperlukan untuk membina, membangunkan dan mempertahankan sebuah negara yang dikelilingi musuh kaffir yang agresif. Ertinya gabungan semangat walisongo (Ulama) dengan Sultan Agung (Raden Fatah) (Umara’) dan sokongan rakyat yang mencintai Islam (Priyayi) telah membangkitkan satu kuasa baru yang bukan calang calang. Inilah yang menjadikan mereka hebat dan cemerlang. Namun tidak ada satu buku atau dokumen yang menuliskan tentang MOTIVASI mereka. Kebanyakan sejarah perjuangan mereka telah dicuri dan dimusnahkan oleh penjajah Belanda. Terutama sejarah perjuangan Sultan Agung Mataram yang beberapa kali menyerang Jakarta (Batavia).

Justru fakulti saya ialah sejarah Islam Nusantara dengan tumpuan khas sejarah Islam Tanah Jawa. Sejarah Islam Tanah Jawa saya tetapkan batas waktu permulaannya dengan berdirinya Kerajaan Islam Demak di bawah Sultan Agung Pertama iaitu Raden Fatah, di lanjutkan dengan era Wali songo, disusuli dengan empayar Islam Mataram terutamanya era Sultan Agung Raden Rangsang dan ditutup dengan perjuangan anak bangsawan Diponegoro sehingga hari wafatnya di Makassar.

Bagi saya, Bangsa Jawa adalah bangsa yang mempunyai sejarah ketamaddunan yang panjang kira-kira 500 tahun sebelum lahirnya agama Islam lagi. Ia mempunyai tulisan sendiri, bahasa sendiri, budaya sendiri, system politiknya sendiri, sistem pertanian Bahkan mempunyai taqwim atau calendar sendiri.

Sultan Agung Mataram telah mengahwinkan kalendar hijriyah dengan kalendar Jawa maka lahirlah kalendar Islam Jawa. Kenapakah baginda mengasimilasikan taqwim hijriah dengan penanggalan Jawa? Sebabnya ialah ia merupakan satu strategi ataupun siasah kebijaksanaan baginda. Apa yang kita harus ketahui ialah bangsa Jawa pada masa itu amat teliti dan memandang tinggi signifikasi pertukaran hari dan waktu terhadap kehidupan manusia. Dengan kata lain mereka percaya ada hari yang bertuah dan hari yang celaka.

Mereka telah memerhatikan kejadian alam ratusan tahun sebelum kedatangan Islam. Banyak fenomena alam telah memberikan petunjuk-petunjuk tertentu sebelum terjadinya sesuatu tragedi atau kejadian. Misalnya, sebelum terjadinya gempa bumi (Lindu) ada berlaku fenomena luar-biasa misalnya hewan-hewan menunjukkan kelakuan yang aneh seperti berlari kesana kemari dan membuat bising secara luar biasa. Fenomena ini amat sukar dimengerti oleh masyarakat pada masa itu. Maka mereka mentafsirkan semua kejadian itu beradasarkan ‘Frame of reference’ yang available pada masa itu. Maka apabila kita membacanya pada zaman kita dengan cepat kita melabelkannya sebagai mystic. Lalu kita menolaknya mentah-mentah dan menganggapnya tidak logic dan tidak masuk akal. Tanpa kita mengakui hakikat betapa akal kita terlalu cetek dan dangkal dan telah dimuat dengan ketaksuban kepada sains moden barat.

Namun apa yang berlaku sebenarnya sehingga saat ini, ilmu sains barat yang angkuh sendiri masih gagal menerangkan semua fenomena alam yang berlaku dari masa ke semasa. Sedangkan naluri manusia sentiasa mahu tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Lantaran ilmu sains tulen seperti fizik, kimia dan biologi gagal menjawab atau mengulas semua kejadian fenomena alam yang berlaku maka satu ilmu perantara yang bersinergi dan complimenting antara satu dengan yang lain diperlukan. Dari titik inilah lahirnya ilmu METAPHYSIC yakni ilmu yang lebih bersifat liberal atau penengah antara disiplin-disiplin ilmu. Ilmu yang mengharmonikan sains, agama dan falsafah agar semua isu akan ditafsir atau cuba difahami dari semua dimensi dan perspektif.

Nama nama bulan mengikut kalendar-kalendar

Pengaruh Medan Kosmik

Seluruh alam semesta ini adalah terdiri atom, dari satu atom simple yakni proton hinggalah jutaan planet yang memenuhi ruang kosmos. Tubuh kita sendiri terdiri dari berbillion sel dan setiap sel terhasil dari kombinasi beberapa atom. Semua atom ini bergerak dalam jalurnya seolah-olah sedang menari (Dancing Movement) bagi menunjukkan ia hidup, bertenaga dan mencetuskan tenaga. Bahkan tenaga yang dijana oleh setiap satu partikel atom amatlah luar-biasa di mana satu partikel boleh menghasilkan 10(20)eV.

Gelombang yang dihasilkan oleh atom-atom tubuh membentuk satu medan disekeliling tubuh yang dipanggil medan kosmik tubuh.

Medan kosmik tubuh ini berhubung pula dengan medan kosmik alam semesta yang datang dari angkasa luas (Outer space) dalam bentuk partikel-partikel bertenaga (energetic particles originating from outer space) yang berkumpul di atmosfera bumi (Earth’s atmosphere). Hampir 90% partikel-partikel yang membentuk gelombang kosmik (cosmic ray particles) adalah proton, 10% adalah helium dan 1% adalah nuclei (alpha particles) dan kurang dari 1% lagi adalah partikel yang lebih berat seperti elektron (beta particles) atau gelombang gamma (gamma ray photons). Pertembungan partikel ini menghasilkan letusan elektrik kerana adanya dua jenis ion di angkasa yakni positive ion and negative ion. Gelombang tenaga ini memberikan impak impak khusus terhadap prestasi mental dan fizikal manusia. Namun ilmu manusia masih terlalu amat terbatas maka penjelasan oleh ilmu itu masih jauh dari jelas. Sikap manusia pula ilmu yang baru dianggap sesat atau
menyeleweng.

Mari kita kembali kepada hal kehadiran partikel-partikel di atmosfera bumi.Setiap partikel mempunyai tenaga dan ianya bervariasi mengikut darimana ia datang. Kebanyakannya berasal dari tenaga suria “The origins of these particles range from energetic processes on the Sun all the way to as yet unknown events in the farthest reaches of the visible universe”.

Gelombang kosmik boleh mencapai tenaga sehingga 1020 eV, jauh lebih tinggi dari (1012 ke 1013 eV) yang dihasilkan oleh sebarang particle accelerators yang dibina oleh manusia. Kekuatan tenaga satu partikel adalah 50 J, menyamai kekuatan sebiji bola tennis yang dipukul pada 42 m/s [kira-kira 94 mph].) bayangkan betapa kuatnya tenaga yang dapat dijana jika kita mampu mengkombinasikan jutaan atau bilionan partikel tersebut?

Namun dalam konteks perbahasan kita ini, kita lebih berminat mengkaji tentang kesan Law of Attraction antara atom tubuh dengan atom yang terdapat di medan kosmik bumi yang berhubungan terus dengan ruang kosmos di angkasaraya.
Law of Attraction adalah hukum Allah yang sangat adil. Hukum yang tak kenal kaya miskin, tak kenal darah bangsawan atau darah hamba bahkan tak kenal orang baik atau orang jahat asal saja atau sesiapa sahaja berada di bawah hukum ini akan menerima hukuman sewajarnya. Contohnya, seorang yang baik termakan racun pun akan mati. Begitu juga orang jahat jika minum madu tetap mendapat nikmat manisnya.

Akal manusia mengatakan ini tidak adil, kenapa orang baik tetap terhukum dengan sifat racun dan orang jahat dapat nikmat dari sifat madu?

Allah itu Maha Adil! Begitulah hukumNya jangan dipertikai, kerana sebenarnya kita yang tidak memahami hikmahnya.

Pengaruh Tarikh Lahir

Sebagai mana dikatakan tadi, setiap atom tubuh bergerak dari saat kita masih berbentuk satu sel (Sperma) ia bergerak dan bergerak hingga bertemu dengan telur ibu yang juga bergerak keluar melalui saluran fallopian menuju rahim. Pertemuan telur dengan sperma yang bertuah akan menjadi manusia hasil cantuman bilionan atom/sel.

Pada masa seluruh atom manusia itu bergerak (Dancing Movement) seluruh alam dari satu zarah hingga planet-planet juga bergerak dan beredar secara harmoni. Bulan mengelilingi bumi dan bumi mengelilingi matahari.

Ketika seluruh alam itu beredar dan berputar, saya pun lahir, pada saat itu bumi tentunya sedang berada pada satu titik atau pada satu sudut atau pada satu posisi dengan matahari begitu juga bulan juga sedang berada pada satu titik atau satu sudut atau satu posisi dengan bumi. Medan kosmik tubuh saya sewaktu lahir tentu berinterasi dengan medan kosmik bumi pada satu titik atau sudut atau posisi yang unik yang tidak sama dengan titik, sudut dan posisi medan kosmik anda.
Maka atas faktor tersebut, apabila kemudian pada satu saat lain adik saya pula lahir, tentulah titik atau posisi bumi dan bulan pada masa ia dilahirkan tidak sama dengan ketika saya dilahirkan. Kerana itu tarikh lahir yang berlainan mempunyai signifikasi yang berlainan dari sudut medan kosmik. Maka sebab itulah potensi diri, semangat, mood dan kecenderungan saya dan adik saya tidak sama walaupun lahir dari benih bapa yang sama dan tumbuh dalam rahim ibu yang sama.

Justru titik dan posisi ini memberikan kesan tertentu dalam hubungan antara medan kosmik tubuh dengan medan kosmik di atmosfera bumi. Sehubungan itu, kesan Law of Attraction antara seseorang dengan yang lain juga tidak sama.
Orang Jawa dengan pemahaman dan pemerhatiannya selama beratus-ratus tahun telah mencipta kalendarnya sendiri. Di mana hari dibahagikan kepada lima hari pasaran iaitu,

Kliwon

Legi

Pon

Pahing

Wage

Interpretasi yang dilihat dari perspektif Islam

Dari pemerhatian mereka, seseorang yang lahir pada hari pasaran Kliwon mempunyai karakter yang sedikit berbeda dengan mereka yang lahir pada hari pasaran Wage. Maka muncullah satu ilmu khusus yang dipanggil analisa karakter ‘Tanggal Wetonan’. Oleh pemerintah Islam (Sultan Agung Mataram) ilmu ini tidak ditolak mentah-mentah lalu digantikan dengan kalendar Hijriyah. Sebaliknya dicari titik pertemuan dan sinerginya.

Dibuang tafsiran yang bersifat negatif seperti ‘Hari Sial’ dan ‘Hari Celaka’ dengan Hari yang penuh Barokah. Sebagai contoh apabila telah ditafsirkan seorang yang lahir pada hari Jumaat Pahing itu akan sering ditimba musibah, kalau bertani kurang hasil, kalau bisnis kurang untungnya. Lalu dengan bijaksana para wali dan para kiyai pada zaman itu akan terus mengeluarkan hadis tentang kelebihan dan kebarokahan hari Jumaat.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah yang mengatakan hari Juamaat adalah penghulu segala hari, “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari.”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang ber maksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi

Dengan penerangan di atas, mereka yang telah ditafsir Celaka dan Sial mempunyai harapan baru dan motivasi baru kerana adanya tafsiran alternatif. Sedikit penerangan tersebut kiranya dapat membantu  untuk Ubah cara anda melihat dunia ini. Dari melihat dengan mata-fizik kepada dengan meta-fizik.  Sila hadirkan diri ke Seminar Amal Sogeh pada 18 dan 19 hb November 2013. keterangan lanjut boleh dihubungi email: Alibajury@gmail.com Contact: 0195158910, 0133319624