Tentang Kami

Kami adalah sebuah institusi latihan Islam yang terdiri dari :

i. Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU)
ii. Akademi Masakan Malaysia Sdn Bhd
iii. Pusat Dakwah Dan Pembangunan Usahawan Islam Darul Tijary

Kami memfokus kepada pembangunan modal insane peringkat individu. Kami percaya Islam begins with individual dan every muslim individual is a centre of gravity which means that every muslim is a LAUNCHING INSTRUMENT (Alat Pelancar) yang akan melaksanakan Islam sebagai satu cara hidup unggul (To put Islam into full action on a full scale). Seharusnya terus diamalkan oleh setiap pedagang atau pembisnis muslim tidak kira jenis bidang bisnis yang diceburi (Asalkan dibenarkan oleh Syara’) dan walau di mana mereka bergiat.

DATO’ DR HJ RUSLY BIN ABDULLAH

Dilahirkan di Kg Bukit Badong, Kuala Selangor 52 tahun yang lalu. Mula berkerja dengan D&C Bank sebaik sahaja tamat pengajian di Universiti Sains Malaysia, Kemudian bertugas di Malayan Banking dan Bank Islam. Sewaktu masih di Bank Islam (1988), beliau menubuhkan Maktab Al Idrisiah (Berdaftar dengan JAIS) dengan maksud menjadikannya Sekolah Agama Vokasional. Namun usaha itu gagal. Semua AJK Penaja mengundurkan diri kerana tidak sanggup untuk memungut derma bagi dana sekolah tersebut. Dalam tahun 1991 beliau meletakkan jawatan lalu menubuhkan Kilang Burger Rusly di Slim River. Kilang tersebut gagal pada usia setahun jagung, lalu terpaksa ditutup.Kegagalan tersebut telah memberikan satu pukulan yang amat perit sehingga menyebabkan beliau berbasikal ke Kelang untuk mencari ketenangan. Dari situlah
bermulanya kisah yang beliau tulis dalam buku ‘PETUNJUK JALAN KEKAYAAN’ yang menjadi asas Amalan Kesogehan.

Sehingga ini, Dato’ Dr Rusly Abdullah telah menempuh 20 tahun dalam dunia dakwah dan perniagaan. Telah 15 tahun dari tarikh menerima amanat Amalan Kesogihan. Dalam tempoh yang belum ada jasa itu, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan ;

1. Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) Oleh DYMM Sultan Pahang, yang membawa gelaran Dato’.

2. Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Oleh DYMM Sultan Selangor

3. Professor Medicina Alternativa,
Alma Ata, OIUCM, Sri Lanka.

MARKAZ UTAMA KAMI:-

i. Markaz Pusat Pentadbiran
Tingkat 2, Wisma Dato’ Rusly
Lot 727, Pasar Bersepadu Wakaf Che Yeh
Kota Bharu, KELANTAN

ii. Markaz Pusat Latihan Darul Tijary
Batu 11, Kg Gesir Tengah
44020 Kuala Kubu Bharu
Selangor